February 14, 2014

.hazimah+helmi.


002001003
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

















NIKAH & SANDING : HAZIMAH & HELMI
 
Shah Alam, Selangor | 15 December 2013
 
Salam semua… berjumpa lagi kite akhirnya di sini. Saya tersedar akan satu kurnia Allah iaitu tentang JODOH. Terpanggil saya apabila melihat dan meniliti pengalaman-pangalaman rakan-rakan dan sahabat saya sendiri yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang.

Adakah pernah kita  betul-betul yakin atau terfikir di waktu ini, saat ini… Allah lah yang menyenangkan segala urusan kita di dunia termasuklah jodoh kita maupun harta kita?
Adakah kita yakin??
Cukup yakin???

Pernah saya membaca satu cerita… cerita ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, mengenai seorang sahabat Nabi yang bernama “Julaibib”. Sangat menyentuh hati dan perasaan. Anda boleh membaca kisahnya di sini
Ceritanya agak panjang, saya petik kata-kata di bawah akhir cerita ini untuk renungan kita bersama, InsyaAllah…
Apalah ertinya rupa yang cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami. Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.”
 
Ingatlah wahai sabahat, tugas kita tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk taat pada Allah di dunia ini. Harta, kasih sayang yang datang adalah dari Allah… yakinlah… InsyaAllah. 

0 comments: