February 14, 2014

.hazimah+helmi.


002001003
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

















NIKAH & SANDING : HAZIMAH & HELMI
 
Shah Alam, Selangor | 15 December 2013
 
Salam semua… berjumpa lagi kite akhirnya di sini. Saya tersedar akan satu kurnia Allah iaitu tentang JODOH. Terpanggil saya apabila melihat dan meniliti pengalaman-pangalaman rakan-rakan dan sahabat saya sendiri yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang.

Adakah pernah kita  betul-betul yakin atau terfikir di waktu ini, saat ini… Allah lah yang menyenangkan segala urusan kita di dunia termasuklah jodoh kita maupun harta kita?
Adakah kita yakin??
Cukup yakin???

Pernah saya membaca satu cerita… cerita ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, mengenai seorang sahabat Nabi yang bernama “Julaibib”. Sangat menyentuh hati dan perasaan. Anda boleh membaca kisahnya di sini
Ceritanya agak panjang, saya petik kata-kata di bawah akhir cerita ini untuk renungan kita bersama, InsyaAllah…
Apalah ertinya rupa yang cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami. Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.”
 
Ingatlah wahai sabahat, tugas kita tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk taat pada Allah di dunia ini. Harta, kasih sayang yang datang adalah dari Allah… yakinlah… InsyaAllah. 

March 10, 2013

.wiya+zaiez.


wz001wz002wz003

NIKAH  : WIYA & ZAIEZ
Lenggeng, Negeri Sembilan | 27 October 2012
 
“Sapo tahu asal usul ea namo Lenggeng ni?”
“Kebanyakan orang sobut asal usul ea adalah dari sejoneh namo ikan….” Wallahu A’lam…

Haa, ni kisah dua insan yang akhirnya diijabkabulkan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, walaupun jalan berbukit-bukau tapi perjalanan kami sangatlah lancar sihingga selesai majlis pernikahan mereka. Tahniah kepada kedua pasangan mudah-mudahan bahagia sampai surga. InsyaAllah… ** first time ghaso lauk oghang kawen ikan sombilang masak lomak cili api! Fuhhh~ Torbaek!!

October 2, 2012

.shai-razer (pre-wedd).

SHAI-AL002SHAI-AL003SHAI-AL004jpgpage004SHAI-AL005jpg

PRE-WEDDING : SHAIRA & RAZER

Jasin, Melaka | 30 September 2012

Rezeki, jodoh dan ajal hanya ditangan ALLAH s.w.t, seperti yang telah ditetapkan dalam kitab Loh-Mahfuz bagi tiap-tiap manusia di dunia. Makanya,jodoh itu datang dengan sindiri dengan izin-NYA. Kadang-kadang, bila kita hadir ke majlis-majlis perkahwinan atau mana-mana majlis pertunangan, akan ada orang-orang sekeliling samada sedara mara, kawan-kawan tak kira muda atau tua pasti akan bertanyakan…

“Kau bila lagi?”, “Bila nak kahwin? Jangan lambat-lambat sangat..”, dan seumpamanya.

Seeloknya pertanyaan sebegini amatlah tidak digalakkan, ibarat kita menanyakan pada insan yang tiada kuasa menetapkan siapa, bila, di mana jodohnya, rezekinya dan matinya. Bagaimana pula kalau soalan yang sama diajukan pada mereka tatkala ada majlis pengebumian sanak saudara atau sahabat handai?

“Kau bila lagi nak mati?”, Bila nak mati? Jangan lambat-lambat sangat..” fikir-fikirkanlah.

Makanya pengajaran yang patut kita ambil- tingkatkan iman dan taqwa, amalkan dan doakan yang terbaek pada antara kita. Jadi usahlah bertanyakan soalan begini lagi… Sebetulnya doakan “Semoga kita semua dijodohkan dengan golongan yang baik-baik dan mendapat keturunan yang baik-baik..” Begitulah…

InsyaAllah.

Shai and Razer, kami dari pihak photokami ingin mengucapkan semoga anda selamat ke jinjang pelamin dan menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. InsyaALLAH :)

July 24, 2011

.nisrin’s e-day.

 

yin001 copyyin002yin004yin008

PERTUNANGAN : Nisrin & Syafiq

Taman Permai 1 , Seremban | 23 July 2011

Whew~ banyak betul karenah Si Yin ni… oh manjanya nama persis orangnya. Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga En. Ishak. “Paling susah nak jaga Yin”, kata ibundanya. Habeslah saudara Syafiq, pasni kalau memang jodoh, jaga Yin baek-baek okay! Hehe.

June 12, 2011

.juju & munsyi.

juju001juju003juju005juju002juju004

OUTDOOR : JUJU & MUNSYI

Marang, Terengganu | 28 Mei 2011

I miss her teribbly…. Allah, they’re perfect now… =)

Tahniah Cikgu Juwairiah Mohamed dan suami serta keluarga!