OUTDOOR : FAIRUZ & AHMAD
Batu Pahat | 13 Mac 2011
Oh uhh… outdoor yang menggembirakan dan mengujakan… saya sangat puas bekerjasama dengan mereka!
Terima kasih semua! =)
OUTDOOR : FAIRUZ & AHMAD
Batu Pahat | 13 Mac 2011
Oh uhh… outdoor yang menggembirakan dan mengujakan… saya sangat puas bekerjasama dengan mereka!
Terima kasih semua! =)
NIKAH, SANDING : FAIRUZ & AHMAD
Pt, Yusof, Batu Pahat | 11 Mac 2011
Oh oh… awalnya saya tak sangka begitu sukarnya untuk sampai ke destinasi (rumah pengantin perempuan). Sedangkan, bukan susah pun nak sampai ke sana. Hadoilaaaaa….. Semua adalah angkara kecuaian saya sendiri… senang atau susah, saya cuba juga agar kedatangan saya tidak sia-sia. Terima kasih Ustazah Fairuz, En. Ahmad dan keluarga kerana dapat memaafkan dan memahami keadaan saya. Apapun, saya berbesar hati dan jatuh cinta pada pasangan yang sangat ceria ni… Juga saya berterima kasih atas layanan keluarga ustazah yang sangat ramah… Kawan-kawan yang membantu, jutaan terima kasih =)
Selamat Pengantin Baru~!
PERTUNANGAN : SITI MARYAM & MUSLIH THANI
Gombak, Selangor | 27 November 2010
“Kita merancang, tetapi Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang…” setuju? Anda wajib setuju. =)
Inilah yang berlaku pada hujung minggu lepas. Sebelum ini, dengar khabar ada insan yang ingin merisik puteri kelima - keluarga Tuan Haji Mustafa. Tetapi dengan keizinan Allah, upacara merisik tersebut telah digabungkan dengan majlis pertunangan. Majlis tersebut berjalan lancar. Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh... Semoga segalanya baik-baik sahaja sehingga kedua-dua belah pihak keluarga dan bakal mempelai dapat meneruskan hubungan sehingga ke jinjang pelamin! InsyaAllah…
*p/s-Bila lagi agaknya rezeki saya dapat pulang ke Gombak…
NIKAH : NORHAFIZAH & NUZUL
Tanjung Karang, 20 November 2010
Lama sangat tak update. Untuk pengetahuan semua, beberapa minggu lepas saya mengharungi minggu-minggu yang sungguh menyeksakan. Cuma tak perlulah saya ceritakan dengan terperinci. Cukuplah saya nyatakan atas berkat dan doa keluarga, rakan-rakan sekeliling, sedikit sebanyak membantu saya, memotivasikan diri saya, menaikkan semangat, dan keyakinan yang kadang-kadang terbang jauh. Alhamdulillah setakat ini, segala ujian dapat saya tempuhi kerana saya percaya… sungguh-sungguh percaya bahawa segala masalah dan bebanan yang menimpa, Allah lah satu-satunya tempat kita mengadu dan kembali.
Terima kasih Allah, temukan saya dengan orang-orang yang sentiasa menemani saya dan sentiasa memberikan inspirasi.
p/s: Kepada kedua pasangan pengantin baru, Hafizah dan Nuzul… Selamat menempuh hari-hari mendatang. Jangan lupa sentiasa memohon perlindungan Allah dan semoga menjadi pasangan suami/isteri yang soleh dan solehah. INSYAALLAH.