March 18, 2011

.fairuz & ahmad (1).

DSC_0691 copyDSC_0024DSC_0026DSC_0043pageDSC_0070DSC_0044

NIKAH, SANDING : FAIRUZ & AHMAD

Pt, Yusof, Batu Pahat | 11 Mac 2011

Oh oh… awalnya saya tak sangka begitu sukarnya untuk sampai ke destinasi (rumah pengantin perempuan). Sedangkan, bukan susah pun nak sampai ke sana. Hadoilaaaaa….. Semua adalah angkara kecuaian saya sendiri… senang atau susah, saya cuba juga agar kedatangan saya tidak sia-sia. Terima kasih Ustazah Fairuz, En. Ahmad dan keluarga kerana dapat memaafkan dan memahami keadaan saya. Apapun, saya berbesar hati dan jatuh cinta pada pasangan yang sangat ceria  ni… Juga saya berterima kasih atas layanan keluarga ustazah yang sangat ramah… Kawan-kawan yang membantu, jutaan terima kasih =)

Selamat Pengantin Baru~!

.oh belom telat.

lm001DSC_0413DSC_0475DSC_0514DSC_0541DSC_0607

TUNANG : NORLIZA & MUNIR

Kampung Tedong,Melaka | 5 Februari 2011

December 1, 2010

.maryam&muslih.

ym001c ym003 ym004 ym005 ym006b ym002b copyym007

PERTUNANGAN : SITI MARYAM & MUSLIH THANI

Gombak, Selangor | 27 November 2010

“Kita merancang, tetapi Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang…” setuju? Anda wajib setuju. =)

Inilah yang berlaku pada hujung minggu lepas. Sebelum ini, dengar khabar ada insan yang ingin merisik puteri kelima - keluarga Tuan Haji Mustafa. Tetapi dengan keizinan Allah, upacara merisik tersebut telah digabungkan dengan majlis pertunangan. Majlis tersebut berjalan lancar. Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh... Semoga segalanya baik-baik sahaja sehingga kedua-dua belah pihak keluarga dan bakal mempelai dapat meneruskan hubungan sehingga ke jinjang pelamin! InsyaAllah…

*p/s-Bila lagi agaknya rezeki saya dapat pulang ke Gombak…

November 21, 2010

.norhafizah&nuzul - 1.

jn001B jn002 jn004 jn005jn003

NIKAH : NORHAFIZAH & NUZUL

Tanjung Karang, 20 November 2010

Lama sangat tak update. Untuk pengetahuan semua, beberapa minggu lepas saya mengharungi minggu-minggu yang sungguh menyeksakan. Cuma tak perlulah saya ceritakan dengan terperinci. Cukuplah saya nyatakan atas berkat dan doa keluarga, rakan-rakan sekeliling, sedikit sebanyak membantu saya, memotivasikan diri saya, menaikkan semangat, dan keyakinan yang kadang-kadang terbang jauh. Alhamdulillah setakat ini, segala ujian dapat saya tempuhi kerana saya percaya… sungguh-sungguh percaya bahawa segala masalah dan bebanan yang menimpa, Allah lah satu-satunya tempat kita mengadu dan kembali.

Terima kasih Allah, temukan saya dengan orang-orang yang sentiasa menemani saya dan sentiasa memberikan inspirasi.

p/s: Kepada kedua pasangan pengantin baru, Hafizah dan Nuzul… Selamat menempuh hari-hari mendatang. Jangan lupa sentiasa memohon perlindungan Allah dan semoga menjadi pasangan suami/isteri yang soleh dan solehah. INSYAALLAH.

October 11, 2010

.kemenangan.

jaja01 jaja02 jaja03

Konvekesyen ke-10, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

“Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri akan nikmatMu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibubapaku, dan untuk tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambamu yang soleh” –An-Naml,19.

Pepatah mengatakan, benih kemalasan, buahnya adalah kegagalan. Jika benihnya kerajinan, buahnya adalah kejayaan…. Tahniah Jaja ;)!