PERTUNANGAN : SITI MARYAM & MUSLIH THANI
Gombak, Selangor | 27 November 2010
“Kita merancang, tetapi Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang…” setuju? Anda wajib setuju. =)
Inilah yang berlaku pada hujung minggu lepas. Sebelum ini, dengar khabar ada insan yang ingin merisik puteri kelima - keluarga Tuan Haji Mustafa. Tetapi dengan keizinan Allah, upacara merisik tersebut telah digabungkan dengan majlis pertunangan. Majlis tersebut berjalan lancar. Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh... Semoga segalanya baik-baik sahaja sehingga kedua-dua belah pihak keluarga dan bakal mempelai dapat meneruskan hubungan sehingga ke jinjang pelamin! InsyaAllah…
*p/s-Bila lagi agaknya rezeki saya dapat pulang ke Gombak…