Lokasi raya: Desa Permai, Masjid Tanah
16 Syawal 1431-H
Hujung minggu lalu sangat seronok. Maksud saya, terlebih seronok berbanding minggu-minggu yang lain. Jumpa famili dan pada masa yang sama, terima jemputan mini open house dari salah seorang classmate. Lagi seronok bila pergi secara berjemaah. Haha.Sesuai ke penggunaan ayat? Siapa kisah…?
Meriah? Tentulah. Siapa sangka luar rumah nampak macam rumah tradisional negeri Melaka, rupa-rupanya masuk dalam… KONDO! Dari cerita tuan rumah, rumah ini pernah juga di sewa untuk shooting hari raya. Cerita apa? Saya tatau. Huhuhu. Best sungguhla, patutla tuan rumah berpesan, “Jangan lupa bawa kamera tau!”. Memang tak sia-sia! Sampai rasa tak mahu balik… Sebab tu juga model kebanyakannya orang yang sama. Mereka tak mahu balik!!! Btw, mohon maaf ye tuan rumah, sebab kami tak dapat menghabiskan makanan. Angkara saya masih berdiet :p
*p/s- gambar no.1 bukan kuih raya.. tapi kek ajaib limited edition by Kak Izah (Bazahat CakeHouse). Sangat SEDAP!!!